Saturday, June 18, 2011

Sungai Melaka

Kunjungi Sungai Melaka... Macam2 ada... bila malam lagi menarik dipenuhi dengan lampu yang berwarna-warni...



Boleh naik bot ronda2 Sungai Melaka.. Tiket RM10 je utk dewasa

Salah satu program sempena pesta sungai: Forum Perdana Ehwal Islam
Bila malam leh bergambar dgn 3ekor gajah
1 Jun - 30 Jun setiap tahun mmg time Pesta Sungai.
Tahun ni adalah utk tahun ke-5


Qashreena Cafe' @Bukit Katil

Qashreena Cafe' @ kedai pokok ceri
Tmn. Puncak Bukit Katil (berhampiran ILP)
Menu byk best2 & harga berpatutan.. Ni antara my fav menus.. kalau pergi sana mesti order...

Bubur Tradisi
RM 3.50

Mee Racun

Nasi Goreng Colesium



Saturday, March 26, 2011

Negeri Melaka

Negeri Melaka (ملاك ; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah).  Pada tahun 2008, negeri Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).  Negeri Melaka juga telah diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia secara langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.  Negeri Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan dengan :
Ibu negerinya adalah Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, namun, negeri Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.
Negeri Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.  Negeri Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.


*Credit daripada Wikipedia

Selamat Datang ke Melaka

Dapatkan segala informasi mengenai negeri Melaka di sini...
Tempat-tempat menarik untuk dilawati, hotel bajet / berbintang, makanan, dsb...


Selamat berkunjung ke Melaka. 
Semoga gembira & berpuas hati di sini. 
Melawat Melaka bererti melawat Malaysia :D


P/s: hubungi saya jika terdapat sebarang pertanyaan di wawacomfort@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes